Selasa, 27 Ogos 2013

Al Fatihah :'(

Assalamualaikum. 
Dah lama tak update blog. Al maklum lah dah takde cerita. Hihi. Now , aku nak gtau. 24/3/2013 orang yang aku terlampau sayang dah pergi untuk selama lama nya. Aku rasa macam mimpi je. Sebab baru dua minggu aku jumpa arwah. Dia always bagi nasihat kat aku. Kalau aku kena marah dengan parent aku. Arwah mesti ada untuk pujuk aku. Semua tu tinggal kenangan je. First first aku dapat tahu dia meninggal tu tetiba badan aku lemah sangat. Yang nih baru aku dapat rasa kehilangan orang yang sentiasa ada untuk sedarkan aku. Even dia just MAK SAUDARA aku. Tapi aku sayang dia sama macam aku sayang mak aku sendiri. Aku tak sempat nak tengok wajah arwah untuk kali terakhir. Cukup 2 minggu lepas aku dapat tengok muka arwah. Tak sangka hari tu lah hari terakhir aku dapat rasa masakan dia. Pagi Ahad 25/3/2013 aku pergi ke kubur Arwah. YA ALLAH , lemahnya aku rasa. Even aku tak dapat tengok muka dia buat kali. Tapi nasihat dia sentiasa ada dalam ingatan aku. Astagfirullahalazim. Aku tak patut sedih macam nih. Must Be Strong. Takziah buat anak anak arwah atas pemergiannya. :')

Isnin, 22 Julai 2013

MINE ♡ My baby panda hamster semut ♡

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhh.


Camne korang punya puasa ? Penuh lagi tak ? Aku setakat nih penuh lagi lahh. Alhamdulillah. Act aku update blog nih sebab nak story pasal seorang sahabat yang comel loteh aku. Before that aku kenal kan dia dulu lahh eh. Nama dia Nur Asha Atira. Classmate aku. Even aku baru rapat dengan dia. Tapi aku rasa cam dah lama rapat. Dimana ada aku. Di situ ada dia. Kami sehati sejiwa. Aku saying dia sangat sangat and takde sape boleh ambil dia dari aku. Kalau siapa nak rampas dia. Haaa LANGKAH MAYAT AKU DULU ! Dia seorang penyayang , caring , whatever yang terbaik semua dia lahh. Dia Memang debomm lahh. Yang paling penting dia sekepala gila dengan aku. Bila dalam kelas. Time cikgu mengajar depan. Kami pun ambek port untuk borak. Potpetpotpetpotpet. Sampai cikgu pun dah naik tension dengan kami. And takleh tahan kami selalu nyanyi dalam kelas. Nak nak masa subjek yang paling membosankan. Korang tahu subjek apa ? Jawapan nya subjek SEJARAH lahh. Untuk mengelakkan kami dari tidur semasa PNP. Kami decide untuk nyanyi lagu. Tak kisah lagu apa. Sebelum nyanyi dalam kelas. Salin dulu haa lirik lagu dari rumahhh. Punya lahhh nak nyanyi. Tapi suara dia memang sedap. Kalah artis artis kat sekolah aku tu. HAHAHAHA. Gaduh ??? Memang tipu lah kalau cakap tak pernah gaduh kan. GAduh tu memang lah sentiasa. Tapi gaduh takde lah sampai tak tegur ke menda. Hati dia lembut sangat. Dialah orang yang paling senang dipujuk. Untung lah siapa dapat dia. Banyak gila kenangan kami lalui bersama. Tempuh dugaan sesama. Semua rahsia aku kongsi kat dia. Pasal Adham lah , Farid lah , and banyak lagi lahh. Sama ada dia ingat atau tak , tu aku taktahu. Banyak sangat story aku kat dia. Dalam sehari kalau tak potpetpotpet tak sah hidup kami. Rasa tu je kot cerita aku pasal ketot nih. Sumpah aku sayang dia SENDAT SENDAT. HAaa tak pernah dibuat oranggg. HAHAHA. Okayy lah. Wasalam :* 















Comel kan dia  ? :*